
MySpace Graphics & MySpace Codes
Rama-rama digambarkan satu kebebasan bagi seorang wanita. Cantik sayapnya namun perlu diingatkan rama-rama akan bertukar rupa juga pada masa yang sudah dijanjikan. Ya! Manusia akan berubah mengikut peredaran masa.
Rama-rama adalah simbol kepada kedamaian dan ketenangan. Manusia mana yang mahu hidup dalam derita dek peperangan dan kemusnahan. Terbangnya rama-rama yang sentiasa mewarnai alam mencerminkan satu kehidupan yang sentiasa mencabar. Hidup perlu ada satu matlamat dan tujuan.
Erti kata lain, hidup ini bukan satu permainan. Hidup satu perjuangan yang tiada penghujung. Selagi nyawa tidak bercerai dari jasad, selagi itu manusia akan mengejar impian dalam meniti titian kehidupan.
RAMA-RAMA
Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama
Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah
Ekspidisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani
Terminal yang pasti satu fitrah hati
kerana yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki
Seumpama rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.