Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 21, 2007

TAG YANG KEDUA..jeng..jeng..jeng..

ok...TAG yang pertama yg dura bg, telah selamat aku jawab semalam..cewah..mcm periksa lak yer..harap2 berpuas hati la yer..ni nak jawab TAG yang kedua lak..zusss...

1. Model hp
Nokia N70 (same ngan dura gak la..)
erm..hp ni sebenarnyer tunang aku yang belikan untuk aku..sempena ape pn aku x tau..hp ni dibeli mase bulan mac ari tu..kire x lame gak la aku pakai hp ni.dalam 5 bulan cam tu..

2. Fasiliti 3G
ade jugak..tapi x pnah guna n x tau guna..hehe..

3. Wallpaper
gambo sape lagi kan..gambo tunang le..

4. Line prepaid yg diguna
ala..yang orang debab2 pakai baju kuning tu..DIGI la..walau pun line ni x la seglamour line2 yang ade, tapi aku guna gak line ni coz murah.pas tu, setiap 4 bulan sekali dapat kredit percuma..ewah..macam nak promote lak aku ni..

5. SMS terakhir
buat mase sekarang ni..dari k.zu..ade krisis sikit la..

6. On/off
jarang off kecuali bateri dah x de sangat dan bile gaduh ngan tunang...

7. Tempat hp
erm..kalau kt opis, aku slalu letak kt celah calendar kat atas meja aku..bukan ape, untuk keselamatan..kalau kat umah lak, selalunye kat dalam bilik la..kalau time tido lak, kat sebelah bantal..

8. Bateri
tiap-tiap hari charge..sebab tiap-tiap hari bergayut..

9. Spesifikasi
same jer ngan hp dura..

10. Catatan
Rasenyer lepas ni x tukar hp lain dah kot..sebab banyak lagi benda lain yang boleh dipikir untuk guna duit tu..tapi kalau dapat tukar best gak..

Thursday, September 20, 2007

KENE TAG NGAN DURA

erm..aku lak yang kene TAG yer..x pe la demi permintaan sahabat aku, so aku tunaikan la..tapi x reti la nak cite tentang ape..kepala x bape betul la petang-petang mcm ni..hehe..nak ngelat jgk..tapi dah janji kene la ditepati...k 1st aku jawab TAG yang pertama dulu. Same macam dura jugak la 8 fakta tentang diri aku..



1. PANAS BARAN

ramai yang x tau sebenarnye aku ni panas baran..dalam senyap2 jer perangai aku yang satu ni aku simpan..tapi kadang-kadang terlepas gak..tu pun kalau ade yang perasan la..aku sendiri pun x tau sejak bile lak perangai buruk ni boleh wujud dalam diri aku..

2. X SUKA BERCAKAP BILE BANGUN TIDO

ar..ni lagi 1 tabiat buruk aku..entah knape bile jer bangun dari tido aku x suka nak bercakap.kene lak tunggu dalam setengah jam.penah aku x bertegur sape ngan ayah aku pasal dia tegur aku mase aku baru bangun dari tido dah tu aku bt bodoh jer..ape lagi, nak dekat seminggu jugak la aku x bercakap ngan ayah aku..aku tau x baik aku buat macam tu..tap nak bt mcm mane..dah tabiat aku memang mcm tu.."ape2 pn, maafkan Ina, abah"..

3. MINAT NGAN BUNGA ROSE

kalau nak tau, aku ni minat sangat ngan bunga Ros..mungkin sbb name aku kt depannye ade Ros kot..hehe..x kire la warne ape2 pn..janji bunga ros..tapi sekali jer aku penah dapat bunga ros dari seseorang..nak tau sape??tunang aku la..

4. KUAT MERAJUK

aku ni kire sensitif jgk la sbb kuat merajuk..tambah2 lagi ngan orang yang rapat ngan aku..lagi la cepat aku terasa..ape lagi..merajuk la aku lpas tu..

5. KUAT TIDO
ar..kalau nak tau..ni la benda yang paling aku suka buat kalau aku dok umah..pantang la kalau ade mase terluang ckit, aku mesti tido..x tau nak kate la bestnye macam mane..hehe..

6. SUKA MENGHIAS RUMAH
ni lak salah satu tabiat baik aku..suka sangat menghias rumah..x kisah la aku berhabis duit pn, janji aku puas hati.tapi, suka hias je la..tapi kalau mengemas, malas ckit..hehe..

7. SUKA MAKAN GULAI TEMPOYAK
dah kate pn orang perak kan..mestila suka makan gulai tempoyak..kalau mak aku masak, dah tentu 3,4 kali aku makan 1 hari..tapi yang peliknye, badan aku x beso2 pn..

8. SUKA WARNA MERAH
sejak bile pun aku x tau yang aku sangat ngan warna merah ni..coz sebelum ni aku suka warna sangat ngan warna biru..


Erm...Rindunyer..

Lame dah aku rase aku x bukak blog aku ni..Rindu la plk..Almaklumla sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit ngan keje-keje aku..Tambah-tambah lagi bile time nak dekat2 gaji..So ari ni baru la aku berkesempatan untuk update blog aku ni. Erm..Lapang ckit dada aku ni bile gaji untuk bln ni dah siap. Kalau x tu, kelam kabut aku dibuatnyer..Mana tidaknyer, ngan sbuk nak kire ot, elaun perjalanan, potongan2 poning kepalo makcik ni ha..Tapi 2 hari lepas satu insiden x diingini telah berlaku mase aku nak bt gaji. Bayangkan data-data untuk gaji bagi bulan 8 tibe2 jer hilang. Aku punyer menggelabah x tau nk cakap la. Coz 1st time bnda ni berlaku kt aku..tapi benda ni dah settle dah semalam..Alhamdullilah..pelik bin ajaib tul la..?????

Wednesday, September 19, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULAN

Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?

Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.

Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.

Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1428 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1429. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.