Monday, January 5, 2009
BERMULA HARI PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2009
PERISTIWA2 YG MENINGGALKAN KENANGAN TAHUN 2008
surprise birthday party for my hubby..but x bape nak menjadi coz nenek aku bocor rahsia kat hubby aku..bngang tul aku..tapi nak wat cam ne kan..birthday tu pun x de la aku bt besar2,cume sedara mara aku yg terdekat je aku pnggil..terharu hubby aku bile aku bt birthday tu utk dia..hubby aku ckap "seumur hidup abg, ni la 1st time org sambut birthday cam ni utk dia,ni bt abg sayang lebih kt ayg nie"..hehe..bangga aku skejap..
APRIL 2008
birthday aku lak..thn 2008 nie, 3 kali aku potong kek..sekali kat opis, 2 kali kat umah..thanks a lot pada k.zue,adik aku n my hubby coz belikan kek tu..kt umah, aku x de la smbut ape2 pun cume husband aku belikan favourite cake aku iaitu choc. cake..pas tu mkn family aku jer..
MEI 2008
aku n hubby dapat berite paling gembira apabile aku disahkan pregnant sebulan..x tau nak kate la prasaan aku mase tue..ye la,1st time nak dapat baby kan..
JUN 2008
aku dimasukkan ke wad coz 'bleeding'..aku pun x tau mcm mane leh jd cam tue..klu nak kate aku jatuh, x de pun..5 hari aku kat dlm wad.dan pada hari ke-5 aku keguguran..sedih x tau nk ckp la prasaan aku mase tue..so aku kene berpantang selama 22 hari separuh hari daripada org bersalin..
OKTOBER 2008

1st raye aku sbg isteri org..erm..rase cam lain skit.coz biase pagi raye,aku cume siapkan baju aku sorg jer..tapi thn ni aku kne siapkan bju husband aku utk dipakai pg raye..rase sronok jgk..pas aku siap2 kan hubby,baru aku bersiap..thn ni pg raye aku beraya di rumah family aku,ptg baru aku berangkat umah mertua aku di s.alam..

17hb-26hb aku ke Tasek Raban dan Ilpa,Ipoh kerana menghadiri Kursus Induksi Umum dan Khusus bersama 4 lagi member opis aku..selama 10 hari kat sane,aku rase agak membosankan tapi dihujung2 tue rase mcm sedih lak bile nak blik..
27hb lak,adalah hari anniversary aku yg pertama..actually,x de bt sambut ape2 pun..cume last minute my hubby ajak g beli kek n bt mkn2 ckit kt umah family aku..so aku sambut ngan family aku skli la..
NOVEMBER 2008

aku g honeymoon skali lagi sempena menyambut anniversary aku yg pertama kat Bukit Tinggi,Pahang n Genting Highlands..sronok gak g sane,rase cam pengantin baru lak..hehe..cume kat sane x byk tempat yg boleh kite g bile sampai sane..nak cari tempat mkn pun susah ckit..
Wednesday, December 31, 2008
BERAKHIRNYA TAHUN 2008...

ERM..SEDAR X SEDAR TAHUN 2008 TELAH PUN SAMPAI DI PENGHUJUNGNYA..BEGITU PANTAS MASE BERLALU KAN..BANYAK JUGAK KENANGAN-KENANGAN ATAU PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU TAHUN NIE YANG MENINGGALKAN KESAN PADA AKU..SALAH SATUNYA PADA BULAN JUN 2008,BILA AKU DIMASUKKAN KE HOSPITAL SELAMA 5 HARI AKIBAT KEGUGURAN..PERASAAN SEDIH TU MASIH AKU RASE SAMPAI SEKARANG..MANA TIDAK NYA SELAMA 6 BULAN AKU MENANTI UNTUK MENDAPAT CAHAYA MATA,TAPI BEGINI AKHIRNYA..TAPI AKU YAKIN APA YANG BERLAKU MESTI ADE HIKMAH DISEBALIKNYA..SO, AZAM AKU TAHUN 2009 NI BERUSAHA KE ARAH UNTUK MENDAPAT CAHAYA MATA..ITU SALAH SATU NYE LA..MOGA TERCAPAI LA HASRAT AKU YANG SATU NIE..DOA-DOAKAN YER..AMIN..
AZAM YANG X TERCAPAI TAHUN NIE,AKU AKAN BAWAK KE TAHUN DEPAN LAK.. ERM..UNTUK AZAM TAHUN 2009 LAK, MACAM-MACAM PERKARA YANG AKU IMPIKAN UNTUK DICAPAI PADA TAHUN 2009..HARAP-HARAP TERCAPAI LA EK..SO, KEPADA SEMUA AKU UCAPKAN 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU'..
Monday, June 23, 2008
Merdeka..Merdeka...
Friday, June 20, 2008
Update Balik Blog Aku Yang Dah Bersawang...

Tuesday, November 20, 2007
rindunyer..kt blog aku..

Friday, September 21, 2007
TAG YANG KEDUA..jeng..jeng..jeng..
1. Model hp
Nokia N70 (same ngan dura gak la..)
erm..hp ni sebenarnyer tunang aku yang belikan untuk aku..sempena ape pn aku x tau..hp ni dibeli mase bulan mac ari tu..kire x lame gak la aku pakai hp ni.dalam 5 bulan cam tu..
2. Fasiliti 3G
ade jugak..tapi x pnah guna n x tau guna..hehe..
3. Wallpaper
gambo sape lagi kan..gambo tunang le..
4. Line prepaid yg diguna
ala..yang orang debab2 pakai baju kuning tu..DIGI la..walau pun line ni x la seglamour line2 yang ade, tapi aku guna gak line ni coz murah.pas tu, setiap 4 bulan sekali dapat kredit percuma..ewah..macam nak promote lak aku ni..
5. SMS terakhir
buat mase sekarang ni..dari k.zu..ade krisis sikit la..
6. On/off
jarang off kecuali bateri dah x de sangat dan bile gaduh ngan tunang...
7. Tempat hp
erm..kalau kt opis, aku slalu letak kt celah calendar kat atas meja aku..bukan ape, untuk keselamatan..kalau kat umah lak, selalunye kat dalam bilik la..kalau time tido lak, kat sebelah bantal..
8. Bateri
tiap-tiap hari charge..sebab tiap-tiap hari bergayut..
9. Spesifikasi
same jer ngan hp dura..
10. Catatan
Rasenyer lepas ni x tukar hp lain dah kot..sebab banyak lagi benda lain yang boleh dipikir untuk guna duit tu..tapi kalau dapat tukar best gak..
Thursday, September 20, 2007
KENE TAG NGAN DURA
1. PANAS BARAN
ramai yang x tau sebenarnye aku ni panas baran..dalam senyap2 jer perangai aku yang satu ni aku simpan..tapi kadang-kadang terlepas gak..tu pun kalau ade yang perasan la..aku sendiri pun x tau sejak bile lak perangai buruk ni boleh wujud dalam diri aku..
2. X SUKA BERCAKAP BILE BANGUN TIDO
ar..ni lagi 1 tabiat buruk aku..entah knape bile jer bangun dari tido aku x suka nak bercakap.kene lak tunggu dalam setengah jam.penah aku x bertegur sape ngan ayah aku pasal dia tegur aku mase aku baru bangun dari tido dah tu aku bt bodoh jer..ape lagi, nak dekat seminggu jugak la aku x bercakap ngan ayah aku..aku tau x baik aku buat macam tu..tap nak bt mcm mane..dah tabiat aku memang mcm tu.."ape2 pn, maafkan Ina, abah"..
3. MINAT NGAN BUNGA ROSE
kalau nak tau, aku ni minat sangat ngan bunga Ros..mungkin sbb name aku kt depannye ade Ros kot..hehe..x kire la warne ape2 pn..janji bunga ros..tapi sekali jer aku penah dapat bunga ros dari seseorang..nak tau sape??tunang aku la..
4. KUAT MERAJUK
aku ni kire sensitif jgk la sbb kuat merajuk..tambah2 lagi ngan orang yang rapat ngan aku..lagi la cepat aku terasa..ape lagi..merajuk la aku lpas tu..
5. KUAT TIDO
ar..kalau nak tau..ni la benda yang paling aku suka buat kalau aku dok umah..pantang la kalau ade mase terluang ckit, aku mesti tido..x tau nak kate la bestnye macam mane..hehe..
6. SUKA MENGHIAS RUMAH
ni lak salah satu tabiat baik aku..suka sangat menghias rumah..x kisah la aku berhabis duit pn, janji aku puas hati.tapi, suka hias je la..tapi kalau mengemas, malas ckit..hehe..
7. SUKA MAKAN GULAI TEMPOYAK
dah kate pn orang perak kan..mestila suka makan gulai tempoyak..kalau mak aku masak, dah tentu 3,4 kali aku makan 1 hari..tapi yang peliknye, badan aku x beso2 pn..
8. SUKA WARNA MERAH
sejak bile pun aku x tau yang aku sangat ngan warna merah ni..coz sebelum ni aku suka warna sangat ngan warna biru..
Erm...Rindunyer..
Wednesday, September 19, 2007
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULAN
Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.
Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?
Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.
Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.
Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1428 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1429. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.






